TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

- Warta Kerajaan Persekutuan & Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022

 

 

PELAKSANAAN PERINTAH GAJI MINIMUM 2022 [P.U. (A) 140/2022]

Terpakai kepada seluruh majikan dan pekerja di seluruh Malaysia kecuali pekerja domestik.

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN : PERINTAH GAJI MINIMUM 2022

PERINTAH GAJI MINIMUM (PINDAAN) (NO. 2) 2022

PERINTAH GAJI MINIMUM 2024

 

 

 WARTA : 2012 | 2016 | 2018 |2020 | 2022 |2024 | 2025Akta 732 MPGN  PAUTAN : PORTAL GAJI MINIMUM

- KEWAJIPAN MEMATUHI PERINTAH GAJI MINIMUM

Selaras dengan pewartaan Perintah Gaji Minimum 2022 bertarikh 27 April 2022 dan Perintah Gaji Minimum Pindaan No 2 (2022)

Untuk maklumat lanjut sila layari WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN : PERINTAH GAJI MINIMUM 2022

 

 

Kegagalan dalam mematuhi bayaran upah pokok tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang mana sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi sepuluh ribu bagi setiap pekerja yang digajikan.

- KEWAJIPAN MELAPOR TEMPAT PEKERJAAN

Menjadi kewajipan mana-mana orang atau majikan untuk memberi notis bertulis atau maklumat-maklumat berkaitan penggajian  kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dalam tempoh 90 hari selaras dengan peruntukan seksyen 59A Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)  melibatkan perkara berikut :

 

(a) menjalankan apa-apa perusahaan pertanian atau perusahaan  atau mana-mana  perbadanan di mana apa-apa perdagangan, tred, profesion atau perniagaan dijalankan; atau

(b)  untuk mengambil alih atau memulakan perniagaan dalam perusahaan atau perbadanan tersebut; atau

(c) untuk menukar nama atau lokasi perusahaan atau perbadanan tersebut 

Oleh itu, mana-mana orang atau majikan dikehendaki untuk memberikan notis makluman kepada Pejabat Tenaga Kerja berdekatan dengan mengisi melalui pautan https://jtksbh.mohr.gov.my/qrdaftar/. Untuk pertanyaan dan semakan pendaftaran sila email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Mana-mana orang atau majikan yang gagal memberikan notis atau maklumat sebagaimana diperuntukan dalam Seksyen 59A Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 130E ( F) Ordinan yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit .

 

- KEWAJIPAN MAJIKAN TERHADAP LESEN PENGGAJIAN PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN

Tafsiran ‘Pekerja Bukan Pemastautin’

“any person who does not belong to Sabah as provided for in Section 71 of the Immigration Act 1959/1963”. Seksyen 2 (1), Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)

Tafsiran “person to be treated as belong to East Malaysian State”.  Seksyen 71, Akta Imigresen 1959/1963.

 

Perkara-perkara berkaitan Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin, di bawah Chapter XIVA Ordinan Buruh (Sabah Bab 67):

  1. Mana-mana orang adalah dikehendaki mempunyai Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin, Seksyen 118 sebelum mengambil bekerja Pekerja Bukan Pemastautin. Lesen tersebut hendaklah dipohon melalui Sistem Pengurusan Persepadu Pekerja Bukan Pemastautin dan muatnaik dokumen-dokumen yang berkaitan.
  2. Majikan yang menggaji Pekerja Bukan Pemastautin hendaklah mengemukakan maklumat dan penyata pekerja ke Jabatan Tenaga Kerja dalam tempoh empat belas (14)hari daripada mula penggajian, Seksyen 118A. 
  3. Majikan adalah dilarang untuk memberhentikan pekerja pemastautin dengan menggantikannya dengan pekerja bukan pemastutin, Seksyen 118C.
  4. Apabila terdapat keperluan untuk mengurangkan pekerja berikutan kelebihan pekerja, majikan hendaklah memberhentikan pekerja bukan pemastautin terlebih dahulu , Seksyen 118D.

 

Penghantaran pulang Pekerja Bukan Pemastautin

Setiap Pekerja Bukan Pemastautin yang dikehendaki meninggalkan Negeri Sabah di bawah atau menurut Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) atau mana-mana kaedah dibawahnya atau mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang berkuatkuasa berkaitan Imigresen, hendaklah dihantar pulang ke negara asal atas perbelanjaan majikan.

 

- KEWAJIPAN MAJIKAN MELANTIK PERKHIDMATAN AGENSI PEKERJA SWASTA

Mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti “merekrut” termasuk aktiviti pengiklanan, sebagai pengantara antara majikan dan pencari kerja untuk:-

 

  1. menawarkan untuk mencari pekerjaan, menawarkan suatu pekerjaan atau mendapatkan pekerjaan, bagi seseorang pencari kerja; atau
  2. menawarkan untuk mencari pekerja, menawarkan pekerja atau mendapatkan pekerja, bagi seseorang majikan.

 

Adalah menjadi kewajipan untuk mendapatkan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta di bawah seksyen 7 Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 daripada 

Jabatan Tenaga Kerja Sabah sebelum menjalankan aktiviti “merekrut”. 

 Klik selanjutnya..

- KEWAJIPAN MEMOHON LESEN HIBURAN AWAM KANAK-KANAK DAN ORANG MUDA

Borang 1 Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda   

Seksyen 73 (D) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)

 

Seseorang majikan yang menggajikan kanak-kanak dan orang muda untuk mengambil bahagian dalam hiburan awam adalah dikehendaki untuk mendapatkan lesen terlebih dahulu daripada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah tertakluk kepada syarat dalam lesen tersebut selaras dengan Kaedah 5 Kaedah–Kaedah Buruh (Penggajian Kanak-Kanak dan Orang Muda) (Sabah) 2012

 

Oleh itu, majikan yang ingin mengaji kanak-kanak dan orang muda diwajibkan untuk memohon lesen daripada  Pejabat Tenaga Kerja berdekatan.

 

Mana-mana majikan yang gagal mendapatkan lesen sebagaimana diperuntukan dalam Kaedah 5 Kaedah–Kaedah Buruh (Penggajian Kanak-Kanak dan Orang Muda) (Sabah) 2012 adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 130 F Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)  yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara  tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

- KEWAJIPAN MAJIKAN UNTUK MEMOHON PERMIT PERBURUHAN

Menjadi tanggungjawab majikan yang termaktub dalam Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) adalah untuk mendapatkan kebenaran atau permit terlebih dahulu daripada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan bagi tujuan-tujuan seperti  berikut:-

 

1. Permit Menyimpan Daftar Pekerja Di Ibu Pejabat / Tempat Lain  Borang A dan senarai semak dokumen  

Kaedah 4(2) Kaedah-kaedah Buruh (Sabah) 2009 

Setiap majikan hendaklah menyediakan dan menyimpan daftar yang mengandungi maklumat mengenai setiap pekerja yang digajikan olehnya sebagaimana Kaedah 3(a), 3(b) dan 3(c), Kaedah-Kaedah Buruh (Sabah) 2009. Majikan hendaklah mengemukakan permohonanan bagi mendapatkan kebenaran bertulis / Permit Menyimpan Daftar Pekerja Di Luar Kawasan Penggajian tempat lain atau Ibu Pejabat sebagaimana Kaedah 4(2) Kaedah-kaedah Buruh (Sabah) 2009 sekiranya ingin menyimpan daftar tersebut selain tempat penggajian atau Ibu Pejabat.

Majikan yang gagal mendapatkan kebenaran bertulis atau Permit Menyimpan Daftar Pekerja Di Luar Kawasan Penggajian / Ibu Pejabat daripada Pengarah Tenaga Kerja Sabah adalah melakukan suatu pelanggaran di bawah Seksyen 58 Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan sebagaimana peruntukan Seksyen 130E(b) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67).

 

2. Permit Pendahuluan Gaji   Borang C dan Senarai semak dokumen  

Seksyen 102(1) Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67)

Tiada majikan boleh memberikan pendahuluan gaji melebihi jumlah keseluruhan upah yang diperolehi oleh pekerja pada bulan sebelumnya kecuali pendahuluan tersebut untuk tujuan berikut:-

 a) Membeli rumah atau membina  atau memperbaiki rumah;

 b) Membeli tanah;

 c) Membeli ternakan;

 d) Membeli kereta, motosikal dan basikal;

 e) Membeli saham perniagaan majikan yang ditawarkan untuk dijual oleh majikan;

 f) Untuk tujuan lain-

    i)  Pemohonan bertulis oleh majikan kepada Pengarah Tenaga Kerja Sabah

    ii) Menurut pendapat Pengarah memberi manfaat kepada pekerja     

    iii)Kelulusan secara bertulis daripada Pengarah tertakluk kepada pengubahsuaian atau syarat-syarat yang difikirkan wajar olehnya.

Bagi maksud tujuan lain, majikan hendaklah mengemukakan permohonan bertulis untuk mendapatkan kebenaran bertulis dan kelulusan daripada Pengarah Tenaga Kerja Sabah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Majikan yang gagal mendapatkan kebenaran bertulis atau Permit Pendahuluan Gaji daripada Pengarah Tenaga Kerja Sabah adalah melakukan suatu pelanggaran di bawah Seksyen 102 Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan sebagaimana peruntukkan Seksyen 130J (a) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67).

 

3. Permit Kelonggaran Waktu Kerja  Borang D dan Senarai semak dokumen  

Seksyen 104 (2) Ordinan Buruh Sabah(Sabah Bab 67)

Pekerja tidak boleh dikehandaki bekerja :-

 a) Melebihi 5 jam berturut-turut tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit.

 b) Melebihi 8 jam dalam satu hari.

 c) Melebihi 10 jam "spread over period,"

 d) Melebihi 48 jam dalam satu minggu

 

Pengarah boleh, atas permohonan bertulis seorang majikan, memberi kebanaran kepada majikan itu untuk memasuki suatu kontrak perkhidmatan dengan seseorang pekerja untuk bekerja lebih masa dari had waktu bekerja yang ditetapkan di atas, tertakluk kepada syarat-syarat atau keadaan tertentu.

 

4. Permit Pengecualian Sekatan Kerja Lebih Masa   Borang E dan Senarai semak dokumen   

Seksyen 104 (7) Ordinan Buruh Sabah(Sabah Bab 67)

Had kerja lebih masa bagi maksud Seksyen 104(7) ordinan ini hendaklah berjumlah satu ratus empat jam (104 jam) dalam mana-mana satu bulan. Majikan yang menghendaki pekerja bekerja lebih masa melebihi had 104 jam sebulan sebagaimana yang ditetapkan dalam Kaedah 2, Kaedah-Kaedah Buruh (Sabah) (Had Kerja Lebih Masa) 2008 hendaklah mempunyai pengecualian bertulis daripada Pengarah Tenaga Kerja Sabah bagi membenarkan pekerja bekerja melebihi 104 jam tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Namun sebarang kerja yang dilakukan pada hari rehat, cuti umum yang diwartakan dalam Subseksyen (1) Seksyen 103, atau pada setiap cuti berbayar yang diganti oleh Subseksyen 103 adalah tidak termasuk bagi maksud pengiraan jumlah 104 jam tersebut.

Majikan yang gagal mendapatkan kebenaran bertulis atau Permit Pengecualian Sekatan Kerja Lebih Masa daripada Pengarah Tenaga Kerja Sabah adalah melakukan suatu pelanggaran di bawah Seksyen 104 (7) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan sebagaimana peruntukan Seksyen 130J (i) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67).

 

5. Permit Kelonggaran Waktu Kerja Syif  Borang F dan Senarai semak dokumen  

Seksyen 104 A (1) (a) Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67)

Tertakluk kepada Seksyen 104 A (1) (a) OBS seseorang pekerja yang dibawah kontrak perkhidmatannya terlibat dalam kerja syif boleh dikehandaki oleh majikannya bekerja lebih daripada 8 jam dalam suatu hari atau lebih daripada 48 jam dalam suatu minggu tetapi purata bilangan jam bekerja dalam sesuatu tempoh 3 minggu atau dalam tempoh melebihi 3 minggu sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah hendaklah tidak melebihi 48 jam seminggu.

 

6. Permit Mengumpul Cuti Rehat Mingguan  Borang G dan Senarai semak dokumen    

Seksyen 104 B (3) Ordinan Buruh Sabah(Sabah Bab 67)

Merujuk Seksyen 104 B (1) OBS seseorang pekerja hendaklah diberikan satu hari cuti rehat dalam seminggu. Walau bagaimanapun, berdasarkan Seksyen 104 B (3) OBS Majikan boleh memohon permit daripada Pengarah untuk mengumpul atau menggantikan hari rehat tersebut kepada mana-mana hari dalam bulan yang berkenaan.

 a) Cuti rehat diambil pada bulan yang sama;

 b) Permohonan permit ini adalah terbuka kepada semua sektor tempat pekerjaan yang agak tidak praktikal bagi pekerja balik hari atau hujung minggu kecuali dengan justifikasi yang kukuh untuk dipertimbangkan oleh Pengarah Tenaga Kerja Sabah;

 c) Permohonan hendaklah secara bertulis

Majikan yang gagal mendapatkan kebenaran bertulis atau Permit Mengumpul Cuti Rehat daripada Pengarah Tenaga Kerja Sabah di bawah Seksyen 104 B (3) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan sebagaimana peruntukkan Seksyen 130 J (b) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67). 

 

7. Permit Potongan Gaji   Borang I dan Senarai semak dokumen  

Seksyen 113 (4)  Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67)

Tiada sebarang potongan gaji pekerja dilakukan oleh majikan selain yang dibenarkan di bawah peruntukan Ordinan Buruh (Sabah Bab 67).

Adalah sah bagi majikan membuat potongan gaji seperti berikut:-

 a) Potongan gaji yang terlebih bayar dalam 3 bulan kebelakangan atas kesilapan majikan;

 b) Potongan gaji bagi bayaran gaji ganti notis di bawah Subseksyen (1) Seksyen 12;

 c) Potongan gaji bagi bayaran pendahuluan gaji di bawah Seksyen 102 tanpa faedah; dan

 d) Potongan gaji yang dibenarkan di bawah undang-undang bertulis.

Selain daripada potongan gaji dinyatakan di atas, majikan hendaklah mengemukakan permohonan permit potongan gaji di bawah Seksyen 113 (4) OBS bagi mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah Tenaga Kerja Sabah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Majikan yang gagal mendapatkan kebenaran bertulis atau Permit Potongan Gaji daripada Pengarah Tenaga Kerja Sabah adalah melakukan suatu pelanggaran di bawah Seksyen 113 (4) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan sebagaimana peruntukkan Seksyen 130 J (e) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67).

 

Borang I(i) dan Senarai semak dokumen  

(Potongan untuk Skim Insurans)

Borang I(ii) dan Senarai semak dokumen  

(Potongan Yuran Kelab Sukan / Rekreasi)

Borang I(iii) dan Senarai semak dokumen  

(Potongan Pengurusan Dokumen Pekerja Bukan Pemastautin)

Borang I(iv) dan Senarai semak dokumen  

(Potongan Kemudahan Tempat Tinggal / Makanan / Elektrik / Air)

Borang I(v) dan Senarai semak dokumen  

(Potongan Bayaran Kos Perubatan)

Borang I(vi) dan Senarai semak dokumen  

(Potongan Bayaran Balik Pinjaman Perumahan / Kenderaan / Komputer / Pelajaran / Peribadi / Koperasi)

Borang I(vii) dan Senarai semak dokumen  

(Potongan Skim Kebajikan / Simpanan / Tabungan / Pencen Pekerja)

Borang I(viii) dan Senarai semak dokumen  

(Potongan Pembelian Barang Keluaran Syarikat Majikan)

Borang I(ix) dan Senarai semak dokumen  

(Lain-lain Jenis Potongan seperti Pembelian Barangan Keperluan Harian (Kedai Runcit),Pembayaran Kos Perubatan Tanggungan dan Pasport Tanggungan) 

 

8. Permit Kemudahan dan Perkhidmatan / Saraan Lain Daripada Upah Lain  Borang H dan Senarai semak dokumen  

Seksyen 116 (2) Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67)

Majikan yang menyediakan sebarang kemudahan, perkhidmatan atau saraan lain seperti yang dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatan seperti kemudahan perumahan, makanan, minyak, air, elektrik, kemudahan perubatan atau kemudahan atau perkhidmatan lain sebagai tambahan kepada upah pekerja.  

Majikan hendaklah mengemukakan permohonan bagi kemudahan atau perkhidmatan lain di bawah Seksyen 116 (2) OBS bagi mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah Tenaga Kerja Sabah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Majikan yang gagal mendapatkan kebenaran bertulis atau Permit Kemudahan dan Perkhidmatan / Saraan Lain Daripada Upah Lain daripada Pengarah Tenaga Kerja Sabah adalah melakukan suatu pelanggaran di bawah Seksyen 116 (2) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan sebagaimana peruntukan Seksyen 130 J (h) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67).

 

9. Permit Bayaran Gaji Secara Tunai/Cek Tunai  Borang K(1) Borang K dan Lampiran A  

Seksyen 110A(2) Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67)

 

10. Permit Pelanjutan Tempoh Gaji Borang J(1) dan Borang J  

Seksyen 108 Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67)



- KEWAJIPAN MEMBERIKAN KONTRAK PERKHIDMATAN DAN PENYATA GAJI

Majikan mempunyai kewajipan untuk memberikan sesalinan  kontrak perkhidmatan kepada pekerja yang digajikan dibawah satu kontrak perkhidmatan sebelum atau pada hari pekerja melapor diri bertugas sebagaimana dinyatakan di bawah Kaedah 2 ( 2) Kaedah-Kaedah Buruh (Kandungan Kontrak) 2008.

 

Selain itu, majikan juga bertanggungjawab dalam menyediakan dan memberikan sesalinan penyata gaji kepada pekerja pada atau sebelum tarikh pembayaran upah dijelaskan selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah- Kaedah Buruh (Sabah) 2009.

 

Kegagalan majikan memberikan dokumen tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 130M Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

 

Sila muat turun contoh  Kontrak Perkhidmatan 

- PEMBERHENTIAN PEKERJA

Penamatan kontrak perkhidmatan akibat keadaan berlebihan pekerja yang boleh timbul daripada beberapa sebab seperti penutupan syarikat, penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat , kegawatan ekonomi dll. Majikan hendaklah terlebih dahulu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan pemberhentian kerja dilakukan. Antaranya :-

 

  1. Membekukan pengambilan pekerja baru kecuali bagi bidang-bidang yang kritikal
  2. Menghadkan kerja lebih masa
  3. Menghadkan kerja pada hari rehat mingguan dan cuti am
  4. Mengurangkan hari-hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja giliran
  5. Mengurangkan waktu kerja harian
  6. Mengadakan program latihan semula kepada pekerja
  7. Mengenalpasti kerja-kerja alternative dan pertukaran ke bahagian/kerja lain di dalam syarikat yang sama dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.
  8. Melaksanakan pemberhentian kerja sementara (lay-off) misalnya dalam bentuk penutupan sementara (temporary shut down) dengan menawarkan gaji yang berpatutan dan membantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula. Jika majikan melaksanakan pemberhentian sementara, maklumat tempoh pemberhentian sementara tersebut hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Tenaga kerja untuk tujuan pemantauan samada pekerja tersebut diambil semula bekerja atau ditawarkan Pemberhentian Secara Sukarela (Voluntary Separation Scheme – VSS) atau pemberhentian tetap pada masa-masa hadapan dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka
  9. Mengurangkan gaji pekerja (pay cut) yang dibuat secara adil di semua peringkat adalah langkah-langkah terakhir selepas langkah-langkah penjimatan kos lain sudah dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka
  10. Kenalpasti kekosongan jawatan di syarikat-syarikat lain untuk ditawarkan kepada pekerja yang akan dberhentikan.

 

Majikan dikehendaki mengisi Borang Pemberhentian  (Borang PK) dan melaporkan kepada JTK terdekat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mengambil mana-mana tindakan berikut :-

  1. Pemberhentian Pekerja (Retrenchement)
  2. Pemberhentian Pekerja Secara Sukarela (Voluntary Separation Scheme)
  3. Pemberhentian Kerja Sementara (lay off)
  4. Pengurangan Gaji Pekerja (Pay Cut)

 

 MUAT TURUN BORANG :

BORANG PEMBERHENTIAN

 

- TANGGUNGJAWAB MEMAKLUMKAN PROFIL LADANG

PENGEMAKINIAN PROFIL LADANG MELALUI SISTEM eNORES

eNORES diwujudkan untuk menyelaras pengumpulan data merangkumi maklumat asas nama dan butiran majikan ladang serta kemudahan-kemudahan asas yang disediakan. Pemantauan berpusat serta penjanaan laporan juga dapat dijalankan oleh Jabatan dan majikan ladang pada bila-bila masa.

 

PENDAFTARAN

1. Sila layari laman web eNORES di https://enores.jtksabah.gov.my/auth/login

2. Pendaftaran username dan password perlu menggunakan email yang aktif.

3. Satu pautan pengaktifan  akaun akan dihantar ke email majikan ladang yang didaftarkan. Majikan perlu mengaktifkan dengan mengklik pautan tersebut.  Sila semak  inbox  atau spam yang telah didaftarkan. 

4. Sila email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. jika terdapat masalah untuk log masuk dan pengaktifan akaun.

5. Klik download manual pendaftaran https://enores.jtksabah.gov.my/register-employer