Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
|
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Laman Web rasmi JTKS dibangunkan bagi memudahkan pelanggan Jabatan terutamanya majikan dan pekerja memperolehi maklumat yang tepat dan terkini berkaitan fungsi dan peranan JTKS. Laman Web ini juga akan berkongsi aktiviti dan program JTKS terutamanya yang dilaksanakan pada tahun semasa. Laman web ini juga akan dijadikan sebagai platform bagi memudahkan semua pihak untuk mengemukakan cadangan, pandangan, teguran, aduan dan pertanyaan berkaitan JTKS dan isu-isu perburuhan semasa. Fungsi utama JTKS adalah menguatkuasakan 11 undang-undang berkaitan perburuhan dan yang paling utama adalah Ordinan Buruh (Sabah Bab 67). Aktiviti utama Jabatan yang melibatkan orang awam akan dikongsi di dalam Takwim Tahunan. Orang ramai adalah dijemput mendaftarkan diri dan turut serta dalam aktiviti dan program ini. Seperti Hari Bertemu Pelanggan, Ceramah Perburuhan, JTK On-Air, sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Sabah dan Konvensyen Perburuhan. Disamping itu Laman Web ini juga akan memuat naik data-data dan penerbitan berkaitan perburuhan yang boleh dijadikan rujukan kepada pelabur, majikan, pekerja termasuk Institusi Pendidikan. Laman Web ini adalah mengambil kira Program JTKS secara keseluruhan termasuk aktiviti-aktiviti di 15 Pejabat Tenaga Kerja (PTK) yang ada di seluruh Sabah. Adalah diharap pembangunan Laman Web JTK Sabah ini akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Sabah terutamanya kepada majikan dan pekerja. Akhir kata saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua warga JTK Sabah yang telah memberi komitmen yang tinggi untuk menambah baik Laman Web JTK Sabah ini. Penambahbaikan dan maklumat terkini adalah berterusan memerlukan dedikasi dan istiqamah yang tinggi. Saya berdoa agar setiap warga JTKS berjaya mengekalkan komitmen ini bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan pada setiap masa. Alhamdulillah Wallahualam |
|
‘’PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID 19’’
‘’WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030’’
‘’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’
‘’Pembudayaan Norma Baharu Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat’’

