Tafsiran ‘Pekerja Bukan Pemastautin’
“any person who does not belong to Sabah as provided for in Section 71 of the Immigration Act 1959/1963”. Seksyen 2 (1), Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)
Tafsiran “person to be treated as belong to East Malaysian State”. Seksyen 71, Akta Imigresen 1959/1963.
Perkara-perkara berkaitan Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin, di bawah Chapter XIVA Ordinan Buruh (Sabah Bab 67):
- Mana-mana orang adalah dikehendaki mempunyai Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin, Seksyen 118 sebelum mengambil bekerja Pekerja Bukan Pemastautin. Lesen tersebut hendaklah dipohon melalui Sistem Pengurusan Persepadu Pekerja Bukan Pemastautin dan muatnaik dokumen-dokumen yang berkaitan.
- Majikan yang menggaji Pekerja Bukan Pemastautin hendaklah mengemukakan maklumat dan penyata pekerja ke Jabatan Tenaga Kerja dalam tempoh empat belas (14)hari daripada mula penggajian, Seksyen 118A.
- Majikan adalah dilarang untuk memberhentikan pekerja pemastautin dengan menggantikannya dengan pekerja bukan pemastutin, Seksyen 118C.
- Apabila terdapat keperluan untuk mengurangkan pekerja berikutan kelebihan pekerja, majikan hendaklah memberhentikan pekerja bukan pemastautin terlebih dahulu , Seksyen 118D.
Penghantaran pulang Pekerja Bukan Pemastautin
Setiap Pekerja Bukan Pemastautin yang dikehendaki meninggalkan Negeri Sabah di bawah atau menurut Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) atau mana-mana kaedah dibawahnya atau mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang berkuatkuasa berkaitan Imigresen, hendaklah dihantar pulang ke negara asal atas perbelanjaan majikan.
