Jabatan Tenaga Kerja Sabah yang bertanggungjawab untuk memelihara kepentingan para pekerja dan majikan di samping mewujudkan perhubungan yang harmoni di antara mereka dan kesatuan sekerja mereka dengan ini berjanji untuk melaksanakan komitment kami untuk:-
PP1 Melaksanakan pemeriksaan ke tempat-tempat pekerjaan mengikut sasaran tahunan yang telah ditetapkan dan mengeluarkan 100% notis pematuhan daripada bilangan ketidakpatuhan yang ditemui.
PP2 Menyiasat setiap aduan pekerja yang diterima dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh aduan diterima.
PP3 Menjalankan sebutan tuntutan pekerja di Mahkamah Buruh dalam tempoh 21 hari daripada tarikh kenyataan tuntutan sumpah dibuat.
PP4 Mengeluarkan lesen untuk menggaji pekerja imigran dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
PP5 Mengeluarkan lesen Agensi Pekerjaan Swasta (APS) di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246) dalam tempoh tiga (3) hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan Agensi Pekerjaan Swasta bagi permohonan baharu/pembaharuan selesai bersidang.
PP6 Mengeluarkan permit perburuhan dalam tempoh tujuh (7) hari.
PP7 Menyiasat aduan melalui Biro Pengaduan Awam dalam tempoh tiga (3) hari.
PP8 Menjawab pertanyaan pelanggan dengan cepat dan tepat.
PP9 Memberi khidmat nasihat dan layanan professional di kaunter kepada setiap pelanggan.
