AGENSI PEKERJAAN SWASTA (APS)

LESEN AGENSI PEKERJAAN SWASTA



Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981

  • Kewajipan Untuk Mendapatkan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta

Mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti “merekrut” dan menjadi sebagai pengantara antara majikan dan pencari kerja untuk:-

  • mencari, menawar atau mendapatkan pekerjaan kepada seseorang pencari kerja; atau
  • mencari, menawar atau mendapatkan pekerja, bagi seseorang majikan.

Adalah wajib untuk mendapatkan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta di bawah seksyen 7 Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 daripada Jabatan Tenaga Kerja Sabah sebelum menjalankan aktiviti “merekrut” tersebut.

  

  • Kesalahan Dan Hukuman

Mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti “merekrut” tanpa mempunyaiLesen Agensi Pekerjaan Swasta di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 7 (2) dengan denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit (RM200,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya. 

    Senarai Agensi Pekerjaan Swasta Aktif ( kemaskini 23 Jun 2025)

 Borang berkaitan :- "SEDANG DIKEMASKINI, SILA DAPATKAN BORANG DI PEJABAT TENAGA KERJA TERDEKAT"

           A. Permohonan Baharu

                1. Senarai Semak Permohonan Lesen Baharu APS ( Lesen A/B/C)

               2. Borang Permohonan Lesen (Borang 1)

               3. Surat Akaun Bersumpah

           B. Permohonan Pembaharuan 

               1. Senarai Semak Permohonan Pembaharuan Lesen ( Lesen A/B/C)

              2. Borang Pembaharuan Lesen (Borang 2)

           C. Permohonan Penubuhan Cawangan Baharu

                    1.  Senarai Semak Permohonan Penubuhan Cawangan (Lesen A/B/C)

               2.  Borang Penubuhan Cawangan (Borang 3) 

           D. Permohonan Pertukaran Kategori Lesen

              1. Senarai Semak Permohonan Pertukaran Kategori Lesen

              2. Borang Pertukaran Kategori Lesen (Borang 4)

           E. Permohonan Penggantian Lesen (hilang/rosak)

              1. Senarai Semak Penggantian Lesen

              2. Borang Permohonan Penggantian Lesen (Borang 5) 

             F.  Permohonan Dokumen Pengenalan Diri (Baru / Gantian)

               1. Senarai Semak Permohonan Dokumen Pengenalan Diri

               2. Borang Permohanan (Borang 6)

           G. Permohonan Pemulangan Wang Jaminan

               1. Senarai Semak Permohonan Pemulangan Wang Jaminan

               2. Borang Permohonan (Borang 7)

          H. Permohonan Pertukaran Maklumat Pengarah 

              1. Senarai Semak Pertukaran Maklumat Pengarah

              2. Surat Akuan Bersumpah

           I. Permohonan Pertukaran Alamat Premis

              1. Senarai Semak Pertukaran Alamat Premis APS

          J. Borang-Borang Pelaporan Pendaftaran & Penempatan Pekerjaan 

              1. Borang Pendaftaran Pencari Kerja, Penempatan dan Rekod Dipungut (Borang 8)

              2. Borang Pendaftaran Majikan, Penempatan dan Rekod Fi Dipungut ( Borang 9)

              3. Borang Kekosongan Pekerjaan (Borang 10)

              4. Borang Akuan Penerimaan Pekerja Oleh Majikan (Borang 11)

 

   Senarai Pegawai Meja SLAMPA / eSDP / Surat Perakuan Jabatan / APS Tahun 2023/2024 Mengikut PTK