- KEWAJIPAN MEMBERIKAN KONTRAK PERKHIDMATAN DAN PENYATA GAJI

Majikan mempunyai kewajipan untuk memberikan sesalinan  kontrak perkhidmatan kepada pekerja yang digajikan dibawah satu kontrak perkhidmatan sebelum atau pada hari pekerja melapor diri bertugas sebagaimana dinyatakan di bawah Kaedah 2 ( 2) Kaedah-Kaedah Buruh (Kandungan Kontrak) 2008.

 

Selain itu, majikan juga bertanggungjawab dalam menyediakan dan memberikan sesalinan penyata gaji kepada pekerja pada atau sebelum tarikh pembayaran upah dijelaskan selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah- Kaedah Buruh (Sabah) 2009.

 

Kegagalan majikan memberikan dokumen tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 130M Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

 

Sila muat turun contoh  Kontrak Perkhidmatan 

| | Jumlah paparan: 4934 Cetak

- KEWAJIPAN MEMOHON LESEN HIBURAN AWAM KANAK-KANAK DAN ORANG MUDA

Borang 1 Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda   

Seksyen 73 (D) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)

 

Seseorang majikan yang menggajikan kanak-kanak dan orang muda untuk mengambil bahagian dalam hiburan awam adalah dikehendaki untuk mendapatkan lesen terlebih dahulu daripada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah tertakluk kepada syarat dalam lesen tersebut selaras dengan Kaedah 5 Kaedah–Kaedah Buruh (Penggajian Kanak-Kanak dan Orang Muda) (Sabah) 2012

 

Oleh itu, majikan yang ingin mengaji kanak-kanak dan orang muda diwajibkan untuk memohon lesen daripada  Pejabat Tenaga Kerja berdekatan.

 

Mana-mana majikan yang gagal mendapatkan lesen sebagaimana diperuntukan dalam Kaedah 5 Kaedah–Kaedah Buruh (Penggajian Kanak-Kanak dan Orang Muda) (Sabah) 2012 adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 130 F Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)  yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara  tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

| | Jumlah paparan: 2212 Cetak

- TANGGUNGJAWAB MEMAKLUMKAN PROFIL LADANG

PENGEMAKINIAN PROFIL LADANG MELALUI SISTEM eNORES

eNORES diwujudkan untuk menyelaras pengumpulan data merangkumi maklumat asas nama dan butiran majikan ladang serta kemudahan-kemudahan asas yang disediakan. Pemantauan berpusat serta penjanaan laporan juga dapat dijalankan oleh Jabatan dan majikan ladang pada bila-bila masa.

 

PENDAFTARAN

1. Sila layari laman web eNORES di https://enores.jtksabah.gov.my/auth/login

2. Pendaftaran username dan password perlu menggunakan email yang aktif.

3. Satu pautan pengaktifan  akaun akan dihantar ke email majikan ladang yang didaftarkan. Majikan perlu mengaktifkan dengan mengklik pautan tersebut.  Sila semak  inbox  atau spam yang telah didaftarkan. 

4. Sila email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. jika terdapat masalah untuk log masuk dan pengaktifan akaun.

5. Klik download manual pendaftaran https://enores.jtksabah.gov.my/register-employer

 

| | Jumlah paparan: 5272 Cetak

- PEMBERHENTIAN PEKERJA

Penamatan kontrak perkhidmatan akibat keadaan berlebihan pekerja yang boleh timbul daripada beberapa sebab seperti penutupan syarikat, penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat , kegawatan ekonomi dll. Majikan hendaklah terlebih dahulu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan pemberhentian kerja dilakukan. Antaranya :-

 

  1. Membekukan pengambilan pekerja baru kecuali bagi bidang-bidang yang kritikal
  2. Menghadkan kerja lebih masa
  3. Menghadkan kerja pada hari rehat mingguan dan cuti am
  4. Mengurangkan hari-hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja giliran
  5. Mengurangkan waktu kerja harian
  6. Mengadakan program latihan semula kepada pekerja
  7. Mengenalpasti kerja-kerja alternative dan pertukaran ke bahagian/kerja lain di dalam syarikat yang sama dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.
  8. Melaksanakan pemberhentian kerja sementara (lay-off) misalnya dalam bentuk penutupan sementara (temporary shut down) dengan menawarkan gaji yang berpatutan dan membantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula. Jika majikan melaksanakan pemberhentian sementara, maklumat tempoh pemberhentian sementara tersebut hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Tenaga kerja untuk tujuan pemantauan samada pekerja tersebut diambil semula bekerja atau ditawarkan Pemberhentian Secara Sukarela (Voluntary Separation Scheme – VSS) atau pemberhentian tetap pada masa-masa hadapan dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka
  9. Mengurangkan gaji pekerja (pay cut) yang dibuat secara adil di semua peringkat adalah langkah-langkah terakhir selepas langkah-langkah penjimatan kos lain sudah dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka
  10. Kenalpasti kekosongan jawatan di syarikat-syarikat lain untuk ditawarkan kepada pekerja yang akan dberhentikan.

 

Majikan dikehendaki mengisi Borang Pemberhentian  (Borang PK) dan melaporkan kepada JTK terdekat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mengambil mana-mana tindakan berikut :-

  1. Pemberhentian Pekerja (Retrenchement)
  2. Pemberhentian Pekerja Secara Sukarela (Voluntary Separation Scheme)
  3. Pemberhentian Kerja Sementara (lay off)
  4. Pengurangan Gaji Pekerja (Pay Cut)

 

 MUAT TURUN BORANG :

BORANG PEMBERHENTIAN

 

| | Jumlah paparan: 11328 Cetak

- Warta Kerajaan Persekutuan & Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022

 

 

PELAKSANAAN PERINTAH GAJI MINIMUM 2022 [P.U. (A) 140/2022]

Terpakai kepada seluruh majikan dan pekerja di seluruh Malaysia kecuali pekerja domestik.

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN : PERINTAH GAJI MINIMUM 2022

PERINTAH GAJI MINIMUM (PINDAAN) (NO. 2) 2022

PERINTAH GAJI MINIMUM 2024

 

 

 WARTA : 2012 | 2016 | 2018 |2020 | 2022 |2024 | 2025Akta 732 MPGN  PAUTAN : PORTAL GAJI MINIMUM

| Kategori: MAJIKAN | | Jumlah paparan: 24304 Cetak