PORTAL PENGURUSAN ADUAN BURUH SABAH

 

Sistem Pengurusan Aduan Buruh Sabah merupakan satu insiatif kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia bagi membantu melancarkan pengendalian pelbagai aduan dalam bidang pekerjaan di pelbagai sektor industri swasta. Ia adalah saluran digital secara aplikasi untuk kegunaan pekerja tempatan dan asing menyalurkan aduan di tempat pekerjaan mereka.  

Antara aduan yang boleh dikemukakan melalui aplikasi ini adalah ;

  1. Gaji / upah yang tidak dibayar
  2. Tiada cuti kelepasan am
  3. Potongan upah yang tidak mengikut undang-undang
  4. Majikan tidak membayar gaji mimimum
  5. Pengurangan gaji
  6. Tiada waktu rehat
  7. Tiada Penyata gaji
  8. Tiada bayaran faedah penamatan kerja
  9. Tiada bayaran kerja lebih masa
  10. Tiada kontrak pekerjaan
  11. Tiada cuti tahunan
  12. Pembayaran gaji lewat
  13. Waktu kerja yang berlebihan
  14. Majikan tidak benarkan bekerja dari rumah semasa PKP
  15. Dibuang kerja tanpa notis
  16. Pelanggaran kontrak
  17. Diskriminasi pekerja
  18. Gangguan seksual di tempat kerja
  19. Lain-lain aduan
 
 
 Sebarang aduan anda boleh dilaporkan terus melalui portal aduan buruh melalui https://jtksabah.gov.my/aduan