Penamatan kontrak perkhidmatan akibat keadaan berlebihan pekerja yang boleh timbul daripada beberapa sebab seperti penutupan syarikat, penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat , kegawatan ekonomi dll. Majikan hendaklah terlebih dahulu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan pemberhentian kerja dilakukan. Antaranya :-
- Membekukan pengambilan pekerja baru kecuali bagi bidang-bidang yang kritikal
- Menghadkan kerja lebih masa
- Menghadkan kerja pada hari rehat mingguan dan cuti am
- Mengurangkan hari-hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja giliran
- Mengurangkan waktu kerja harian
- Mengadakan program latihan semula kepada pekerja
- Mengenalpasti kerja-kerja alternative dan pertukaran ke bahagian/kerja lain di dalam syarikat yang sama dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.
- Melaksanakan pemberhentian kerja sementara (lay-off) misalnya dalam bentuk penutupan sementara (temporary shut down) dengan menawarkan gaji yang berpatutan dan membantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula. Jika majikan melaksanakan pemberhentian sementara, maklumat tempoh pemberhentian sementara tersebut hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Tenaga kerja untuk tujuan pemantauan samada pekerja tersebut diambil semula bekerja atau ditawarkan Pemberhentian Secara Sukarela (Voluntary Separation Scheme – VSS) atau pemberhentian tetap pada masa-masa hadapan dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka
- Mengurangkan gaji pekerja (pay cut) yang dibuat secara adil di semua peringkat adalah langkah-langkah terakhir selepas langkah-langkah penjimatan kos lain sudah dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka
- Kenalpasti kekosongan jawatan di syarikat-syarikat lain untuk ditawarkan kepada pekerja yang akan dberhentikan.
Majikan dikehendaki mengisi Borang Pemberhentian (Borang PK) dan melaporkan kepada JTK terdekat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mengambil mana-mana tindakan berikut :-
- Pemberhentian Pekerja (Retrenchement)
- Pemberhentian Pekerja Secara Sukarela (Voluntary Separation Scheme)
- Pemberhentian Kerja Sementara (lay off)
- Pengurangan Gaji Pekerja (Pay Cut)
MUAT TURUN BORANG :





