Sertai HRD Corp pada 30-31 Oktober 2023, di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, dan luaskan pengetahuan anda dengan pandangan baharu dalam dunia pembangunan modal insan.

Barisan Panel Hebat di NHCCE 2023! 

Bersedia untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan di National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2023! 

Kami sangat teruja untuk memperkenalkan barisan panel terkemuka yang akan berkongsi dan memberi inspirasi kepada anda. 

Sertai HRD Corp pada 30-31 Oktober 2023, di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, dan luaskan pengetahuan anda dengan pandangan baharu dalam dunia pembangunan modal insan. 

Jangan lepaskan peluang untuk belajar daripada yang terbaik dalam bidang ini! Nikmati perkongsian hebat dari tokoh ternama pilihan kami dan dapatkan tempat anda di https://hrdcorp.gov.my/nhcce. 

 #HRDCorp  #NHCCE2023  #NHCCE2023KualaLumpur  #PioneeringGrowthInspiringChange  #DeliveringQuality   #DevelopingExcellence  #PembangunanModalInsan 

| Category: Uncategorised | | Hits: 5825 Print

SERVICES

OUR SERVICES :-

| Category: Uncategorised | | Hits: 2054 Print

Welcoming Speech

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Laman Web rasmi JTKS dibangunkan bagi memudahkan pelanggan Jabatan terutamanya majikan dan pekerja memperolehi maklumat yang tepat dan terkini berkaitan fungsi dan peranan JTKS.

Laman Web ini juga akan berkongsi aktiviti dan program JTKS terutamanya yang dilaksanakan pada tahun semasa. Laman web ini juga akan dijadikan sebagai platform bagi memudahkan semua pihak untuk mengemukakan cadangan, pandangan, teguran, aduan dan pertanyaan berkaitan JTKS dan isu-isu perburuhan semasa.

Fungsi utama JTKS adalah menguatkuasakan 11 undang-undang berkaitan perburuhan dan yang paling utama adalah Ordinan Buruh (Sabah Bab 67). Aktiviti utama Jabatan yang melibatkan orang awam akan dikongsi di dalam Takwim Tahunan. Orang ramai adalah dijemput mendaftarkan diri dan turut serta didalam aktiviti dan program ini.

Seperti Hari Bertemu Pelanggan, Ceramah Perburuhan, JTK On-Air, sambutan Hari Pekerja peringkat negeri Sabah dan Konvensyen Perburuhan.

Disamping itu Laman Web ini juga akan memuat naik data-data dan Penerbitan berkaitan Perburuhan yang boleh dijadikan rujukan kepada Pelabur, Majikan, Pekerja termasuk Institusi Pendidikan.

Laman Web ini adalah mengambil kira Program JTKS secara keseluruhan termasuk aktiviti-aktiviti di 15 PTK yang ada di seluruh Sabah. Adalah diharap pembangunan Laman Web JTK Sabah ini akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Sabah terutamanya kepada majikan dan pekerja.

Akhir kata saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua warga JTK Sabah yang telah memberi komitmen yang tinggi untuk menambah baik Laman Web JTK Sabah ini. Penambahbaikan dan maklumat terkini adalah berterusan memerlukan dedikasi dan istiqamah yang tinggi. Saya berdoa agar setiap warga berjaya mengekalkan komitmen ini bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan pada setiap masa.

Alhamdulillah

Wallahualam

 “PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

| Category: Uncategorised | | Hits: 917 Print

GALERI GAMBAR

Karnival Kerjaya Peringkat Daerah Ranau
 
Terima kasih kepada YB Jonathan Yasin, Ahli Parlimen P179 Ranau merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri II atas kesudian hadir melawat sekitar program Karnival Kerjaya Ranau pada awal pagi ini. Kepada para pencari kerja sekitar daerah Ranau dan yang berdekatan, mari rebut peluang pekerjaan dan latihan yang ditawarkan pada hari ini. Sila patuhi SOP keselamatan dan kesihatan semasa hadir. Semoga maju jaya.

RANAU1RANAU 2   

13 SEPT -KARNIVAL/OUTREACH RANAU 13 SEPTEMBER 2020
Warga kerja JTK Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Hj. Muhamad Fauzi bin Hj. Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Tenaga Kerja Sabah atas kenaikan pangkat dan akan menggalas tugas sebagai Pengarah Tenaga Kerja Negeri Perak berkuatkuasa 1 Oktober 2020. Hari ini merupakan hari terakhir beliau berada di JTK Sabah dan di negeri Sabah. Jutaan terima kasih kepada tuan atas komitmen dan kerja keras sepanjang 5 tahun satu bulan di Jabatan ini. Segala jasa baik tuan pasti akan kami kenang sampai bila-bila. Mohon maaf atas salah silap perlakuan dan tutur kata daripada kami. Semoga tuan sentiasa cemerlang dan sukses di tempat baharu. Jangan lupakan kami. Setiap pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan. Walau jauh di mata, tapi tuan sentiasa tetap di hati.
Warkah dan amanat Tuan Timbalan Pengarah Tenaga Kerja Sabah kepada warga kerja JTK Sabah diabadikan dalam rakaman video.

07 SEPT-LAWATAN RASMI 1

01 OKT - MAJLIS PERPISAHAN TIMBALAN PENGARAH (3)

07 SEPT-LAWATAN RASMI 1 (3)
Karnival Kerjaya Peringkat Daerah Ranau
 
Terima kasih kepada YB Jonathan Yasin, Ahli Parlimen P179 Ranau merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri II atas kesudian hadir melawat sekitar program Karnival Kerjaya Ranau pada awal pagi ini. Kepada para pencari kerja sekitar daerah Ranau dan yang berdekatan, mari rebut peluang pekerjaan dan latihan yang ditawarkan pada hari ini. Sila patuhi SOP keselamatan dan kesihatan semasa hadir. Semoga maju jaya.

RANAU1RANAU 2   

13 SEPT -KARNIVAL/OUTREACH RANAU 13 SEPTEMBER 2020 (2)
| Category: Uncategorised | | Hits: 3830 Print