Mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti “merekrut” termasuk aktiviti pengiklanan, sebagai pengantara antara majikan dan pencari kerja untuk:-
- menawarkan untuk mencari pekerjaan, menawarkan suatu pekerjaan atau mendapatkan pekerjaan, bagi seseorang pencari kerja; atau
- menawarkan untuk mencari pekerja, menawarkan pekerja atau mendapatkan pekerja, bagi seseorang majikan.
Adalah menjadi kewajipan untuk mendapatkan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta di bawah seksyen 7 Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 daripada
Jabatan Tenaga Kerja Sabah sebelum menjalankan aktiviti “merekrut”.