Sekiranya terdapat pertikaian timbul berikutan majikan didapati gagal mematuhi pemberian  faedah yang dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan/ Ordinan Buruh ( Sabah Bab 67 ) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya termasuklah undang-undang perburuhan lain yang dikuatkuasakan di Sabah, pekerja boleh untuk memfailkan tuntutan melalui Mahkamah Buruh dan tatacara pemfailan tuntutan adalah seperti berikut :

1. Hadir sendiri dan beri kenyataan bersumpah di hadapan Pegawai untuk merekod tuntutan

2. Mengemukakan dokumen-dokumen/maklumat-maklumat penting:-

3. Nama dan alamat surat menyurat pengadu (Kad Pengenalan)

4. Nama dan alamat tempat pekerjaan (Sumber SSM)

5. Butir-butir pendapatan dan slip gaji (jika ada)

- Surat pelantikan dan syarat-syarat perkhidmatan (jika ada)

- Surat penamatan (jika ada)

 

Selaras dengan kuasa yang diberikan oleh Pengarah Tenaga Kerja melalui peruntukan khusus di bawah Ordinan Buruh ( Sabah Bab 67 ) , pekerja mempunyai hak untuk memfailkan tuntutan melibatkan pertikaian  seperti berikut :

Secara ringkasnya, tatacara tuntutan melalui Mahkamah Buruh melibatkan perkara berikut :

1. Merekod kenyataan bersumpah tuntutan pengadu

2. Tentukan tarikh sebutan kes

3. Surat panggilan kepada pengadu dan saman kepada defendan

4. Sebutan Kes/Perbicaraan Kes Buruh

5. Perintah

 

Pihak yang tidak berpuashati terhadap Perintah Mahkamah Buruh boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima Perintah Mahkamah Buruh.