Menjadi kewajipan mana-mana orang atau majikan untuk memberi notis bertulis atau maklumat-maklumat berkaitan penggajian kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dalam tempoh 90 hari selaras dengan peruntukan seksyen 59A Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) melibatkan perkara berikut :
(a) menjalankan apa-apa perusahaan pertanian atau perusahaan atau mana-mana perbadanan di mana apa-apa perdagangan, tred, profesion atau perniagaan dijalankan; atau
(b) untuk mengambil alih atau memulakan perniagaan dalam perusahaan atau perbadanan tersebut; atau
(c) untuk menukar nama atau lokasi perusahaan atau perbadanan tersebut
Oleh itu, mana-mana orang atau majikan dikehendaki untuk memberikan notis makluman kepada Pejabat Tenaga Kerja berdekatan dengan mengisi melalui pautan https://jtksbh.mohr.gov.my/qrdaftar/. Untuk pertanyaan dan semakan pendaftaran sila email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Mana-mana orang atau majikan yang gagal memberikan notis atau maklumat sebagaimana diperuntukan dalam Seksyen 59A Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 130E ( F) Ordinan yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit .