Sekiranya terdapat pertikaian timbul berikutan majikan didapati gagal mematuhi pemberian faedah yang dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan/ Ordinan Buruh ( Sabah Bab 67 ) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya termasuklah undang-undang perburuhan lain yang dikuatkuasakan di Sabah, pekerja boleh untuk memfailkan tuntutan melalui Mahkamah Buruh dan tatacara pemfailan tuntutan adalah seperti berikut :
1. Hadir sendiri dan beri kenyataan bersumpah di hadapan Pegawai untuk merekod tuntutan
2. Mengemukakan dokumen-dokumen/maklumat-maklumat penting:-
3. Nama dan alamat surat menyurat pengadu (Kad Pengenalan)
4. Nama dan alamat tempat pekerjaan (Sumber SSM)
5. Butir-butir pendapatan dan slip gaji (jika ada)
- Surat pelantikan dan syarat-syarat perkhidmatan (jika ada)
- Surat penamatan (jika ada)
Selaras dengan kuasa yang diberikan oleh Pengarah Tenaga Kerja melalui peruntukan khusus di bawah Ordinan Buruh ( Sabah Bab 67 ) , pekerja mempunyai hak untuk memfailkan tuntutan melibatkan pertikaian seperti berikut :

Secara ringkasnya, tatacara tuntutan melalui Mahkamah Buruh melibatkan perkara berikut :
1. Merekod kenyataan bersumpah tuntutan pengadu
2. Tentukan tarikh sebutan kes
3. Surat panggilan kepada pengadu dan saman kepada defendan
4. Sebutan Kes/Perbicaraan Kes Buruh
5. Perintah
Pihak yang tidak berpuashati terhadap Perintah Mahkamah Buruh boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima Perintah Mahkamah Buruh.