LESEN AGENSI PEKERJAAN SWASTA
![]()
Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981
- Kewajipan Untuk Mendapatkan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta
Mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti “merekrut” dan menjadi sebagai pengantara antara majikan dan pencari kerja untuk:-
- mencari, menawar atau mendapatkan pekerjaan kepada seseorang pencari kerja; atau
- mencari, menawar atau mendapatkan pekerja, bagi seseorang majikan.
Adalah wajib untuk mendapatkan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta di bawah seksyen 7 Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 daripada Jabatan Tenaga Kerja Sabah sebelum menjalankan aktiviti “merekrut” tersebut.
- Kesalahan Dan Hukuman
Mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti “merekrut” tanpa mempunyaiLesen Agensi Pekerjaan Swasta di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 7 (2) dengan denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit (RM200,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya.
Senarai Agensi Pekerjaan Swasta Aktif ( kemaskini 23 Jun 2025)
Borang berkaitan :- "SEDANG DIKEMASKINI, SILA DAPATKAN BORANG DI PEJABAT TENAGA KERJA TERDEKAT"
Senarai Pegawai Meja SLAMPA / eSDP / Surat Perakuan Jabatan / APS Tahun 2023/2024 Mengikut PTK