AGENSI PEKERJAAN SWASTA (APS) (2)

LESEN AGENSI PEKERJAAN SWASTA



Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981

  • Kewajipan Untuk Mendapatkan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta

Mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti “merekrut” dan menjadi sebagai pengantara antara majikan dan pencari kerja untuk:-

  • mencari, menawar atau mendapatkan pekerjaan kepada seseorang pencari kerja; atau
  • mencari, menawar atau mendapatkan pekerja, bagi seseorang majikan.

Adalah wajib untuk mendapatkan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta di bawah seksyen 7 Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 daripada Jabatan Tenaga Kerja Sabah sebelum menjalankan aktiviti “merekrut” tersebut.

  

  • Kesalahan Dan Hukuman

Mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti “merekrut” tanpa mempunyaiLesen Agensi Pekerjaan Swasta di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 7 (2) dengan denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit (RM200,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya.